Nak Kaya Seribu Daya
Bagi sesiapa yang membaca buku ini, tanamkan di dalam hati bahawa bukanlah dosa sekiranya kita lahir miskin. Tetapi tidak semestinya kita perlu mewarisi kemiskinan kita kepada waris selepasnya. Setiap marhaen yang lahir dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan hakikatnya berpeluang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup jika memiliki matlamat yang jelas, melakukan tindakan yang betul, konsisten dalam berusaha dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Buang minda subsidi. Sentiasa ingatkan diri bahawa tidak ada perkara percuma di dunia ini. Sebagai marhaen yang bukan pewaris harta berjuta, kita perlu berjuang dengan pelbagai cara untuk memastikan setidak-tidaknya kita berpeluang memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan kita yang sebelum ini.
Benar, rezeki di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, adalah tanggungjawab untuk kita menggali ilmu, berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan keluarga kita. Lahir miskin tidak salah, yang salah adalah apabila kita tidak berusaha untuk keluar daripada kemiskinan tersebut.
KANDUNGAN
Bahagian 1: Gaya Kehidupan Awal
Bahagian 2: Gaya Berkerjaya
Antaranya: Kerjaya Dan Kita: Perkara Asas Temuduga; Jenis-Jenis Kaki Di Pejabat; Kerjaya Bukan Hak Hakiki; Trend Anak Muda; Kekayaan Dan Keperluan Dana Cemas; Mampukah Kita Bersara?; Kereta Adalah Lambang?; Sesuaikan Tips Kewangan Mengikut Zaman; Benarkah Rumah Adalah Aset? ...
Bahagian 3: Gaya Menabung Kekayaan
Antaranya: Perlukah Menabung Emas?; Takut Bayar Zakat?; Peluang Pendapatan Melalui Emas; Kenapa Perlu Ada Replacement Income?; Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir;Surirumah Dan Kekayaan;Siapa Yang Paling Takut Menabung Emas?; Bagaimana Mahu Menjadi Dealer Pg Yang Berjaya; Apakah Ciri Emas Pelaburan Yang Baik?; Permulaan Menabung Emas Bagi “Newbies”; Emas Dan Kuasanya; Pajak Emas Lebih Bermaruah...